Semak Kelajuan Website Anda

Kelajuan website adalah antara faktor yang mempengaruhi ranking di carian Google. Lagi laju website anda, maka lebih tinggi peluang untuk memperolehi ranking yang lebih baik. Pengguna internet sekarang juga mempunyai jangkaan tinggi dalam menggunakan website. Mereka tidak akan bersabar dengan website yang perlahan. Alangkah ruginya jika anda telah membayar wang iklan untuk membawa mereka datang ke website tetapi mereka berlalu pergi kerana website terlalu perlahan.

Cara paling mudah untuk semak kelajuan website adalah menggunakan Google Pagespeed Insight di https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/

Hanya masukkan URL website anda dan anda akan mendapat markah dari 0 hingga 100 untuk kedua-dua versi mobile dan desktop.

Panduan Markah

• 90-100: Laju
• 50 – 89: Sederhana
• 0 – 49: Perlahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *