Pengalaman Menjual Produk Niche Menggunakan Google Ads

Bulan lepas, ada rakan saya minta tolong untuk buat kempen marketing produk yang sangat niche. Bagaimana tahap niche produk tersebut?

Bila semak dalam Google Keyword Planner hanya ada 140 carian sebulan di Malaysia. Harga bidaan pula bermula dari RM0.16 sehingga RM4.96.

Apa produknya? Ambil komisen dapatkan jemaah haji furada (haji tanpa perlu tunggu giliran Tabung Haji). Setiap pakej berharga puluhan ribu dan komisennya 4 angka juga.

Jadi saya setup sahaja landing page dan letak link WhatsApp sebagai Call-to-Action. Kemudian setting dalam Google Analytics klik link tersebut sebagai Conversion Goal.

Buat iklan Google Ads dengan copywriting biasa-biasa sahaja. Highlight tidak perlu tunggu giliran Tabung Haji sebab itu USP paling utama. Pada awalnya kempen ini hanya mensasarkan Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Cost-Per-Click pula dihadkan kepada RM1 dan hanya bida keyword ‘haji furada’.

Landing page dan iklan setup pada 6 Mac 2019. Masuk 10 Mac dah ada orang WhatsApp berminat dengan pakej yang ditawarkan.

Bila lihat dah ada hasil tambah pula kempen Google Ads untuk sasarkan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Saya pilih negeri-negeri selatan kerana salesman mudah untuk ke sana. Setting lain semua sama sahaja.

Secara keseluruhan Cost-Per-Conversion kempen ini adalah RM15.11 untuk Lembah Klang dan RM9.32 untuk zon selatan. Jumlah conversion keseluruhan pula adalah 11 untuk Lembah Klang dan 5 untuk zon selatan.

Bila dilihat pada angka ini tentulah rakan saya sudah kaya raya kerana hanya membelanjakan kos iklan 2 angka untuk dapat komisen 4 angka. Tinggal nak close sale sahaja.

Namun, panas tidak sampai ke petang. Semalam sampai surat dari Tabung Haji supaya menghentikan promosi dalam masa 14 hari. Jika tidak, bersedialah untuk disaman.

Maka tamatlah eksperimen kami. Gelak-gelak sahajalah sebab kos duit dan masa yang minima.

Apa yang penting, kami sudah tahu keberkesanan Google Ads. Ada banyak lagi produk yang boleh dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *