Bagaimana Setup WhatsApp Link

Dalam konteks Malaysia, WhatsApp link adalah pilihan yang baik untuk digunakan dalam landing page. Lebih-lebih lagi bila produk yang dijual terlalu mahal atau dibuat mengikut tempahan. Takpun memang malas nak setup sistem ecommerce sebab belum pasti ramai yang nak membeli.

Ramai yang pakai wasap.my tapi saya lebih suka menggunakan sistem link rasmi dari WhatsApp sendiri.

Formatnya adalah seperti berikut:

https://wa.me/no_telefon?text=Mesej%20anda

Contoh:

https://wa.me/600132002705?text=Hi%20Saya%20mahu%20tempah%20baju%20melayu

Contoh paparan link WhatsApp

Perhatian:

  1. Nombor telefon perlu diikuti dengan 60 bagi nombor Malaysia. Format betul dalam contoh ini adalah 600132002705 dan bukannya 60132002705.
  2. Anda perlu gunakan %20 sebagai ganti ruang kosong.

2 thoughts on “Bagaimana Setup WhatsApp Link”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *